Wednesday, 21 August 2013

Taman Herba Kerjasama Panitia Agama Islam dan Sains

Menurut Blog Dr. Hadith:
Kelangsungan hidup manusia bergantung kepada tanaman dan pokok yang menjadi sumber makanannya. Malah, pokok dan tumbuhan banyak memberi manfaat kepada manusia antaranya berfungsi sebagai penahan banjir dan mengelakkan kejadian tanah runtuh. Justeru, saranan untuk memperbanyakkan penanaman pokok sebagai kempen menghijaukan bumi amat tepat untuk member kesedaran kepada manusia. Saranan untuk menanam pokok telah lama dipratikkan pada zaman Rasulullah. Sabda Rasulullah s.a.w:"

ما من مسلم يغرس غرسا أو يزرع زرعا ، فيأكل منه طير ، أو إنسان ، أو بهيمة ، إلا كان له به صدقة

“Sesiapa daripada orang muslim yang menanam tanam-tanaman dan hasilnya dimakan oleh burung atau manusia ataupun binatang maka baginya mendapat pahala sedekah.” (HR Imam Bukhari)

Maka bertepatan dengan hadis berkisarkan berbakti kepada tanah ini, panitia Agama Islam telah berkerjasama membuat taman herba untuk menceriakan halaman sekolah selain dapat digunakan untuk murid-murid. Pelbagai tanaman ditanam contohnya pokok sayur kang-kung, pokok  herba, pokok hiasan dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment