Sunday, 25 August 2013

Majlis Tautan kasih Aidilfitri dan Khatam Al-quran SK Jugra

Pada hari Jumaat yang lepas bersamman 23 Ogos 2013, SK Jugra telah menjalankan Majlis Khatam Al-Quran dan diikuti dengan Majlis Tautan Kasih Aidilfitri. Sepanjang ramadhan, murid-murid dan guru-guru telah berjaya membaca Al-Quran bagi bersama-sama meningkatkan ibadah sepanjang bulan yang mulia itu. Maka, pada hari tersebut, semua warga SK Jugra telah meraikan Majlis Khatam Al-Quran. Terdapat beberapa acara menarik seperti, perarakkan dan pembacaan selawat. Majlis seterusnya pula begitu meriah dengan juadah yang begitu lazat. Majlis juga turut meraikan anak-anak yang kurang berkemampuan yang mana sedikit bantuan/ hadiah diberi kepada mereka.







Wednesday, 21 August 2013

Lawatan Hakim Pertandingan Surau Terbaik 2013 Peringkat Daerah Kula Langat

Alhamdulillah, Hakim pertandingan surau terbaik telah hadir ke surau kami untuk membuat pemantauan. sebelum itu, pelbagai persiapan telah dibuat, antaranya kelengkapan, kemudahan dan informasi terkini perlu dilengkkapkan. Pelbagai usaha-usaha dan idea baru juga telah diwujudkan bagi memastikan surau ini dimakmurkan selain murid dapat menggunakannya semaksima yang mungkin. Berikut adalah idea/ perkara yangperlu diambilkira:
  1. Dokumentasi program surau
  2. Susunatur, kekemasan dan kebersihan 
  3. idea baru/ kreativiti panitia
  4. blog surau

Taman Herba Kerjasama Panitia Agama Islam dan Sains

Menurut Blog Dr. Hadith:
Kelangsungan hidup manusia bergantung kepada tanaman dan pokok yang menjadi sumber makanannya. Malah, pokok dan tumbuhan banyak memberi manfaat kepada manusia antaranya berfungsi sebagai penahan banjir dan mengelakkan kejadian tanah runtuh. Justeru, saranan untuk memperbanyakkan penanaman pokok sebagai kempen menghijaukan bumi amat tepat untuk member kesedaran kepada manusia. Saranan untuk menanam pokok telah lama dipratikkan pada zaman Rasulullah. Sabda Rasulullah s.a.w:"

ما من مسلم يغرس غرسا أو يزرع زرعا ، فيأكل منه طير ، أو إنسان ، أو بهيمة ، إلا كان له به صدقة

“Sesiapa daripada orang muslim yang menanam tanam-tanaman dan hasilnya dimakan oleh burung atau manusia ataupun binatang maka baginya mendapat pahala sedekah.” (HR Imam Bukhari)

Maka bertepatan dengan hadis berkisarkan berbakti kepada tanah ini, panitia Agama Islam telah berkerjasama membuat taman herba untuk menceriakan halaman sekolah selain dapat digunakan untuk murid-murid. Pelbagai tanaman ditanam contohnya pokok sayur kang-kung, pokok  herba, pokok hiasan dan banyak lagi.

Sunday, 18 August 2013

Salam Aidilfitri


Assalamualaikum WB. Alhamdulillah kita telah berjaya berpuasa selama sebulan.Maka Aidilfitri telah menjelma meraikan kemenangan kita menjalani  ibadah puasa dan amalan di bulan Ramadhan yang mulia.  Di bulan Syawal ini marilah kita bersama-sama merapatkan ukhwah sesama keluarga. Mengunjungi sanak saudara, jiran tetangga dan saling maaf memaafi antara satu sama lain. Dalam kesibukkan  kita meraikan Aidilfitri, jangan dilupakan saudara kita di Mesir . Sedang kita menikmati juadah enak, bergelak ketawa bersama rakan dan keluarga, saudara muslim kita du sana dikecam hebat , di seksa  dan di bunuh tentera pimpinan AsSisi. Tidak sedikit timbul rasa perilemanusiaan..lihat lah sendiri kekejaman yang berlaku. Akhir kata Salam Aidilfitri buat semua.
Amalan kunjung mengunjung di Aidilfitri


Orang awam dibakar begitu sahaja.




Tuesday, 12 February 2013

Tuhan tolong permudahkan hidupku


Pesanan Imam Syafie


Carta Organisasi Surau


Johan Musolla Terbaik Negeri Selangor 2012


Guru-guru Agama Islam/JQAF bergambar bersama pentadbir, trofi dan sijil penghargaan 

Setelah kami berjaya bertanding di peringkat daerah, Musolla SKJugra telah mewakili Daerah Kuala Langat untuk ke peringkat negeri. Alhamdulillah, selepas dinilai oleh pihak juri, dan rombongan penilai juga telah hadir ke sekolah kami, musolla ini telah berjaya merangkul johan Musolla Terbaik negeri Selangor 2012. 

Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang   telah bertungkus lumus menolong untuk meningkatkan kualiti musolla ini. Ini termasuk Puan Guru Besar, pentadbir, guru-guru Panitia Agama islam dan JQAF, guru ICT dan murid0murid yang telah turut membantu.InshaAllah pelbagai usaha lain akan dijalankan bagi meningkatkan mutu musolla di tahun 2013. 


Rombongan para juri yang datang menilai Musolla kami.
Adik Azfar ketika memberi peneranagn tentang blog surau ini