Friday, 24 July 2015

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH SK JUGRA 2015




Majlis Khatam Al-Quran Peringkat sekolah sk jugra telah diadakan pada 24 julai 2015 dengan tema
 " Al-Quran Sinar Kehidupan "Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada murid Islam mengenai kewajiban mempelajari ilmu Al-Quran,disamping penghayatan ketika membacanya,seperti sambutan Nuzul Al-Quran yang disambut pada 17 Ramadhan setiap tahun.oleh seluruh umat Islam diseluruh dunia.Antara Objektif Adalah diharapkan dengan adanya program ini murid
dapat:
                                               
1.      Menggalakan murid-murid untuk mempelajari ilmu Al-Quran.

2.      Menghayati dan mengamalkan setiap bait kalimah yang telah dibacakan dan dipelajari menerusi ilmu Al-Quran..

3.      Meningkatkan disiplin diri dalam kehidupan harian disamping menerapkan nilai-nilai murni seperti Rasullullah s.a.w yang diceritakan di dalam kitab Al-Quran..


Friday, 17 July 2015

Aidilfitri2015 Menjelang lagi..Jom ke rumah cikgu mohon kemaafan dan keberkatan.

Semestinya antara aktiviti yang tidak dapat dilupakan sepanjang Syawal ini adalah menerima kunjungn daripada anak-anak murid SK Jugra. Tugasan seorang guru bukanlah setakat mendidik mereka, malah kita merupakan ibu bapa kedua mereka di sekolah. Hal ini bermaksud,hubungan pertalian atau silaturahim itu penting dalam memastikan keakraban antara dua pihak ini bukan sahaja membuahkan hasil yang cemerlang di dalam akademik malah dalam memartabatkan hubungan persaudaraan sesama Muslim. Mengikut Imam Ahmad dan Abu Daud:

روى الإمام أحمد وأبو داود عن عليٍّ رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول: «إذا عاد الرجل أخاه المسلم مشى في خرافة الجنة حتى يجلس فإذا جلس غمرته الرحمة، فإن كان غدوة صلى عليه سبعون ألف ملك حتى يمسي، وإن كان مساء صلى عليه سبعون ألف ملك حتى يصبح».
· المسند (612، 22273)، وأبو داود (3098، في معناه)، وابن ماجه (1442)، انظر "السلسلة الصحيحة" (1367).
Imam Ahmad dan Abu Dawud meriwayatkan dari Ali r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Apabila seseorang telah menziarahi saudara seislamya, sebenarnya dia telah berjalan-jalan memetik buahan syurga sehinggalah dia duduk. Apabila dia duduk maka rahmat menaunginya. Jika di di waktu pagi maka 70, 000 malaikat berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu petang. Jika di waktu petang, maka 70,000 berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu pagi ".

Seperti tahun lepas, saya Ustaz Rohaizad tidak ketinggalan daripada menerima kunjungn daripada murid-murid tercinta. Kami bersalam-salaman dan saling memaafkan kekhilafan antara satu sama lain. Juadah hari raya juga tidak dilupakan untuk mengisi perut kosong yang sedang rancak berbunyi ketika itu. Namun begitu, kemuncak aktiviti tersebut sudah tentulah apabila mereka tersenyum lebar menerima duit raya yang diberikan. Ternyata kami semua dapat bergembira di hari raya. Alhamdulillah.