Friday, 24 July 2015

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH SK JUGRA 2015




Majlis Khatam Al-Quran Peringkat sekolah sk jugra telah diadakan pada 24 julai 2015 dengan tema
 " Al-Quran Sinar Kehidupan "Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada murid Islam mengenai kewajiban mempelajari ilmu Al-Quran,disamping penghayatan ketika membacanya,seperti sambutan Nuzul Al-Quran yang disambut pada 17 Ramadhan setiap tahun.oleh seluruh umat Islam diseluruh dunia.Antara Objektif Adalah diharapkan dengan adanya program ini murid
dapat:
                                               
1.      Menggalakan murid-murid untuk mempelajari ilmu Al-Quran.

2.      Menghayati dan mengamalkan setiap bait kalimah yang telah dibacakan dan dipelajari menerusi ilmu Al-Quran..

3.      Meningkatkan disiplin diri dalam kehidupan harian disamping menerapkan nilai-nilai murni seperti Rasullullah s.a.w yang diceritakan di dalam kitab Al-Quran..


Friday, 17 July 2015

Aidilfitri2015 Menjelang lagi..Jom ke rumah cikgu mohon kemaafan dan keberkatan.

Semestinya antara aktiviti yang tidak dapat dilupakan sepanjang Syawal ini adalah menerima kunjungn daripada anak-anak murid SK Jugra. Tugasan seorang guru bukanlah setakat mendidik mereka, malah kita merupakan ibu bapa kedua mereka di sekolah. Hal ini bermaksud,hubungan pertalian atau silaturahim itu penting dalam memastikan keakraban antara dua pihak ini bukan sahaja membuahkan hasil yang cemerlang di dalam akademik malah dalam memartabatkan hubungan persaudaraan sesama Muslim. Mengikut Imam Ahmad dan Abu Daud:

روى الإمام أحمد وأبو داود عن عليٍّ رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول: «إذا عاد الرجل أخاه المسلم مشى في خرافة الجنة حتى يجلس فإذا جلس غمرته الرحمة، فإن كان غدوة صلى عليه سبعون ألف ملك حتى يمسي، وإن كان مساء صلى عليه سبعون ألف ملك حتى يصبح».
· المسند (612، 22273)، وأبو داود (3098، في معناه)، وابن ماجه (1442)، انظر "السلسلة الصحيحة" (1367).
Imam Ahmad dan Abu Dawud meriwayatkan dari Ali r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Apabila seseorang telah menziarahi saudara seislamya, sebenarnya dia telah berjalan-jalan memetik buahan syurga sehinggalah dia duduk. Apabila dia duduk maka rahmat menaunginya. Jika di di waktu pagi maka 70, 000 malaikat berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu petang. Jika di waktu petang, maka 70,000 berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu pagi ".

Seperti tahun lepas, saya Ustaz Rohaizad tidak ketinggalan daripada menerima kunjungn daripada murid-murid tercinta. Kami bersalam-salaman dan saling memaafkan kekhilafan antara satu sama lain. Juadah hari raya juga tidak dilupakan untuk mengisi perut kosong yang sedang rancak berbunyi ketika itu. Namun begitu, kemuncak aktiviti tersebut sudah tentulah apabila mereka tersenyum lebar menerima duit raya yang diberikan. Ternyata kami semua dapat bergembira di hari raya. Alhamdulillah. 



Monday, 15 June 2015

MARHABAN YA RAMADHAN KAREEM...















SK JUGRA 10 JUN 2015
 – Menjelang bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, Biro Agama dan Kebajikan SK JUGRA, hari ini menganjurkan program Sambutan Ihya Ramadhan 1436H/2015 bertempat di Dewan Muafakat Sk Jugra Dengan menampilkan beberapa nama besar dalam lapangan dakwah di sekolah sk jugra iaitu UstazMohd Asha'ari Jumingan , Ustaz Norhazam Kasran serta Ustaz Mohd Rohaizad Adam sebagai moderator .Sambutan Ihya Ramadhan ini telah dirasmikan oleh:Pn. Nooriah bt Zakariah Guru Besar Sk Jugra.Sambutan Ihya Ramadhan kali ini, ternyata memberikan aura yang tersendiri . Perkongsian ilmu yang menarik dan bermanfaat dari wacana ini memberikan satu semangat dan inspirasi kepada murid-murid dalam menghayati bulan yang penuh barokah itu nanti.

Bagaimana dan apakah pengisian yang patut diamalkan sepanjang bulan Ramadhan serta pantang larang dalam masa kita berpuasa. Sebelum itu, para hadirin diperdengarkan dengan alunan bacaan Al-Quran dari Ust Mohd Asha'ari Jumingan, Qori dan Guru Al-Quran Daerah Kuala Langat.



Oleh : 
Jauzi Jainori 

Sunday, 15 March 2015

KEM BESTARI SOLAT SIRI KE-2 TAHUN 2015











KEM BESTARI SOLAT TAHUN 4,5 DAN 6 FASA 1/2015

          Alhamdulillah, pada hari Sabtu bersamaan 15 Mac 2015, Panitia Pendidikan Islam SK Jugra  telah berjaya menjalankan Kem Bestari Solat Fasa2  dengan kehadiran murid tahun 4, 5 dan 6 seramai 156 orang dan guru seramai 28 orang sebagai fasilitator. 

          Objektif  kem ini adalah berbeza setiap peringkat  mengikut silibus Kem Bestari Solat yang telah digariskan kementerian:-

Tahun 4 
 ·         Murid dapat berwudhuk dengan sempurna
 ·         Murid dapat melafazkan bacaan solat dengan betul
 ·         Murid dapat menyatakan syarat-syarat wajib sah solat

Tahun 5
·         Murid dapat melaungkan azan dan iqamah dengan betul 
·         Murid dapat melaksanakan solat berjemaah dngan sempurna
·         Murid dapat memahami dan menyatakan perbezaan masbuk dan muwafiq

Tahun 6
·         Murid dapat menghafaz surah-surah tertentu dengan sempurna
·         Murid dapat membaca dan menghafaz lafaz niat solat jenazah dengan betul
·         Murid dapat menyebut rukun dan syarat sah solat sah solat jenazah
·         Murid dapat mengetahui kedudukan imam bagi jenazah lelaki dan perempuan

        Diharapkan dengan terlaksananya kem ini, murid-murid SK Jugra  menjadi lebih faham, berpengetahuan, bersemangat dan ikhlas dalam mempraktikkan amalan solat setiap hari. Berikut adalah beberapa gambar yang telah diambil sepanjang program :-

Friday, 23 January 2015

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH SK JUGRA

Tema Sambutan Maulidur Rasul 2015 / 1436H Malaysia. Tanggal  12 Rabiulawal setiap tahun merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal  pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.
Maulidur Rasul tahun 1436H atau tahun Masehi 2015 jatuh pada 3 Januari 2015. 

Tema sambutan Maulidur Rasul 2015 adalah


“Perpaduan Nadi Transformasi Negara”


Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2014/12/tema-sambutan-maulidur-rasul-2015-1436h.html#ixzz3NYDSbJMZ 
Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebook