Tuesday 1 May 2012

Majlis Perasmian Surau Riyadu As Solihin Sk Jugra

Guru Besar, Pn. Noriah sedang merasmikan Surau SK Jugra
Acara memotong reben di surau

Pada 27 April 2012 telah berlangsung Majlis Perasmian Surau Riyadu As-Solihin SK Jugra yang begitu meriah. Setelah bertungkus lumus, mengemas kini surau, surau ini telah berjaya dirasmikan oleh Guru Besar, Pn. Noriah Zakariah. Pelbagai acara telah berlangsung pada hari tersebut contohnya Tayangan Multimedia, Persembahan Murid dan Acara Pengikhtirafan AJK Murid Surau Riyadu As Solihin. Sebelum perasmian, pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi menaiktaraf status surau ini. Dinding dihiasi indah dengan tulisan khaligrafi khat, dicat dengan warna ceria, balkoni surau dilengkapi sudut bacaan yang teratur dan dekorasi dalaman yang mampu mewujudkan keselesaan murid-murid. Diharapkan dengan penaiktarafan ini, para pelajar akan suka untuk belajar and lebih senan untuk melakukan aktiviti ibadah di surau. Kerjasama Panatia Agama Islam dan J-Qaf amat dihargai kerana telah berusaha dengan gigih membantu merealisasikan penaiktarafan suran dan mengadakan Majlis Perasmian Surau Riyadu As- Solihin.