Tuesday, 4 September 2012

Lawatan Para Juri ke Surau A-Solihin

Pada 29 Ogos 2012 yang lepas, rombongan para juri telah hadir ke Surau SK Jugra untuk menilai surau ini. Selepas mendapat johan Peringkat Daerah Kula Langat, surau ini dilawati oleh pihak penilai untuk memeriksa akan kualiti surau8 ini. Pelbagai persiapan telah dijalankan seperti tayanagn program-program surau, peneranagn blog, paluan kompang dan juga lawatan disekitar surau.

Juri yang datang menilai

Guru-guru turut membantu membuat persedian untuk penilaian surau

Juru penilai memeriksa bahan rujukan surau


Friday, 6 July 2012

Forum Bicara Ilmu

terima kasih kat adik-adik ni..iman..afiq..& muhaizzad..atas persembahan sajak & pentoman
 "kronologi Ramadhan"..hebat lakonan kalian..dengarnya ader cikgu-cikgu yang menangis.......muhasabah diri..

                                       terma kasih kpd semua ajk & ahli panel yg menjayakan
                                       forum bicara ilmu.smg usahasama kalian akan mendapat keberkatan dr allah.
                                         

Monday, 2 July 2012

kelebihan solat terawih di bulan ramadhan...suara musollaskjugra


Kemudian antara kelebihan-kelebihan solat terawih ialah :
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
  • Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
  • Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
  • Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
  • Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
  • Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
  • Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
  • Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
  • Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
  • Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
  • Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
  • Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
  • Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
  • Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
  • Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
  • Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
  • Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
  • Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
  • Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
  • Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
  • Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
  • Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

RENUNGAN DIRI....NUKILAN MUSOLLA SK JUGRA


Thursday, 28 June 2012

 AHLAN YA RAMADHAN KARIM...

Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya”

(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

Ahlan Ya Ramdhan Karim

Pada 6 Julai 2012 Panitia Agama Islam & Jqaf akan mengadakan satu Majlis Forom Bicara Hati dengan tema " Ahlan Ya Ramdhan Karim" Forum ini akan diadakan selepas bacaan yaasin pada hari jumaat.Antara panel ceramah yang akan menyampaiakan sedikit perkongsian ialah:Ust Norhazam Kasran,Ustz Azlinah Sehab & Cikgu Suhane.Forum ini dimoderatorkan oleh Ust Rohaizad Adam.Objektif utama forum ini diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid Sk Jugra berkaitan Ramadhan AlKarim, Kelebihan bulan Ramadhan & pencarian Malam Qailatul Qadr...Semoga majlis Forum ini akan berjalan dengan lancar mendapat keberkatan....

Wednesday, 27 June 2012

Sesuatu untuk difikirkan


Kamu tidak hadir di dunia ini dengan kehendak kamu.Kamu juga tidak meninggalkan dunia ini dengan kenendak kamu. Jadi, mengapa kamu aturkan kehidupanmu mengikut kehendakmu? Seseorang muslim adalah orang yang mengikut kehendak Allah.

Love is a Subjective Thing!


Mereka kata kamu tidak akan boleh mencintai seseorang yang kamu tidak pernah jumpa, saya hanya tersenyum. Saya tidak pernah berjumpa dengan Rasulluallah SAW, tetapi saya amat sayang akannya.

Tuesday, 1 May 2012

Majlis Perasmian Surau Riyadu As Solihin Sk Jugra

Guru Besar, Pn. Noriah sedang merasmikan Surau SK Jugra
Acara memotong reben di surau

Pada 27 April 2012 telah berlangsung Majlis Perasmian Surau Riyadu As-Solihin SK Jugra yang begitu meriah. Setelah bertungkus lumus, mengemas kini surau, surau ini telah berjaya dirasmikan oleh Guru Besar, Pn. Noriah Zakariah. Pelbagai acara telah berlangsung pada hari tersebut contohnya Tayangan Multimedia, Persembahan Murid dan Acara Pengikhtirafan AJK Murid Surau Riyadu As Solihin. Sebelum perasmian, pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi menaiktaraf status surau ini. Dinding dihiasi indah dengan tulisan khaligrafi khat, dicat dengan warna ceria, balkoni surau dilengkapi sudut bacaan yang teratur dan dekorasi dalaman yang mampu mewujudkan keselesaan murid-murid. Diharapkan dengan penaiktarafan ini, para pelajar akan suka untuk belajar and lebih senan untuk melakukan aktiviti ibadah di surau. Kerjasama Panatia Agama Islam dan J-Qaf amat dihargai kerana telah berusaha dengan gigih membantu merealisasikan penaiktarafan suran dan mengadakan Majlis Perasmian Surau Riyadu As- Solihin.

Thursday, 5 April 2012

KEM BESTARI SOLAT 1 DAN MAULIDURRASUL 2012


Sabtu,11 Februari 2012. Bersamaan 19 RabiulAwal 1433H. Kem Bestari Solat Pertama telah dilaksanakan dengan jayanya. Bertempat di SK 
Jugra dan disertai oleh murid-murid tahun 1 hingga 3. Secara umumnya program ini memberi perhatian khusus bagi memastikan murid berjaya menguasai kaifiat wuduk dan solat dengan sempurna. *Turut diadakan pada hari tersebut adalah Sambutan Maulidurrasul Peringkat SK Jugra dengan melibatkan murid-murid Tahun 1-6. Dimulai dengan Bacaan Doa dipimpin oleh Ustaz M. Jauzi, diikuti dengan   perarakan, Selawat dan berkompang menuju ke Taman Banting Baru dan berkumpul semula di sekolah. Sambutan kali ini sangat meriah dan di harapkan agar dapat menyuntik nilai-nilai murni di dalam diri setiap murid warga SK Jugra. Selain daripada itu juga telah disampaikan ceramah oleh Ustaz Mohamad Rohaizad dan amat digalakkan agar semua warga SK Jugra akan menerapkan ilmu akhirat di kalangan diri sebagai jaminan mereka di alam yang kekal abadi.  Dengan adanya program seperti ini skita akan mendapat sejuta manfaat daripadanya…….InsyaALLAH

Monday, 2 April 2012

Maulidurrasul: Penghayatan Perjuangan Nabi Muhammad SAW

Perarakan pada Majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah




Tulisan: Cik Wana (Guru Praktikum, IPGK Pendidikan Islam Selangor)

"Kami telah mengutus nabi-nabi sebelum kamu, di antara  mereka ada  yang  telah  kami  sampaikan  kisahnya, dan ada pula yang tidak Kami sampaikan kepadamu" (Al-Mu'min [40]: 78)

Sesungguhnya, para nabi merupakan utusan Allah kepada hamba-Nya bagi memberikan peringatan terhadap tingkah laku manusia. Manusia ini fitrahnya mudah terlupa, cepat lalai, leka dan sukar untuk menetapkan iman di tahap yang maksimum dan istiqamah yakni berterusan. Oleh itu, Allah mengutuskan para Rasul dalam kalangan manusia agar lebih dekat dengan insan sebagai ingatan.

Sejarah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul terakhir dinantikan oleh sekalian alam. Kelahiran Baginda seumpama sinaran mentari yang menyinari gelapnya alam. Kehadiran Baginda merubah dan mentransformasikan kegemilangan dan corak peradaban Islam. Rasulullah telah mengangkat darjat Islam di tempat yang sewajarnya.